Quantcast
Channel: Segalanya Tentang Tumbuhan…
Viewing all articles
Browse latest Browse all 239

Pokok Baobab

$
0
0

Pokok Baobab atau nama saintifiknya Adansonia digitata tergolong dalam famili Malvaceae. Sepanjang pengetahuan saya, pokok ini tidak lagi dijumpai di tanam di Malaysia. Namun, pokok ini saya temui semasa berkunjung ke Taman Botani Singapura beberapa minggu yang lalu. Keadaan rupabentuk pokok baobab juga tidaklah sama seperti di dalam gambar yang terdapat di internet yang mana bentuknya lebih jelas menonjolkan keunikannya. Mungkinkah usia pokok ini masih muda atau faktor persekitaran yang tidak sama seperti di benua Afrika yang mempunyai cuaca yang sangat panas dan kering.

Pokok Baobab yang banyak terdapat di Benua Afrika ini sangat terkenal di dunia kerana merupakan sejenis spesies yang unik selain dikatakan boleh hidup beribu tahun lamanya. Pokok Baobab dikenali sebagai pokok terbalik (upside down tree) kerana memiliki daun yang sedikit dan memiliki cabang ranting yang kelihatan seperti akar kayu.

Buah Baobab bersaiz besar, berair dan mempunyai rasa yang manis. Menurut rujukan, minuman baobab sangat terkenal di Afrika sebagai sejenis minuman yang berkhasiat dan sedap. Buah baobab dikatakan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi dari buah goji dan delima.

Sampai di sini perkongsian mengenai Pokok Baobab. Jika anda pernah menjumpai pokok ini ditanam di Malaysia, silalah kongsikannya di sini.

Number of View :36

The post Pokok Baobab appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 239