Artikel ini saya ingin kongsikan beberapa jenis buluh yang telah dikeringkan dan dijadikan sebagai bahan pameran. Gambar ini dirakamkan semasa kunjungan ke Taman Eco Rimba Kuala Lumpur (KL) pada bulan November 2017 yang lalu. Pokok buluh ini juga boleh dijumpai di sana. Pokok buluh tergolong dalam famili Poacea sama seperti pokok lalang (Imperata cylindrica), padi (Oryza sativa L) dan tebu (Saccharum officinarum L).
Buluh Lemang atau nama saintifiknya Schizostachyum brachycladum. Telah mula ditanam secara komersil kerana mendapat permintaan yang tinggi.
Buluh Semeliang atau nama saintifiknya Schizostachyum grande. Buluh ini dikatakan sesuai untuk pembuatan rangka dan kraftangan.
Buluh Betong atau nama saintifiknya Gigantochloa thoi. Buluh ini dikatakan menghasilkan rebung yang enak.
Number of View :78The post Jenis Buluh appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....