Quantcast
Channel: Segalanya Tentang Tumbuhan…
Viewing all articles
Browse latest Browse all 239

Cili Padi Bara

$
0
0

Sedar tidak sedar sudah hampir 2 bulan saya tidak meng’updated’Blog ini.  Artikel kali ini adalah mengenai Cili Padi Bara yang pernah saya tanam pada bulan Februari tahun 2016 yang lalu (  lebih 2 tahun ). Benih yang dibeli disemai dalam dulang (tray) semaian. Lebih dari 3minggu rasanya, baru saya pindahkan ke dalam pasu. Semai benih cili memang banyak tetapi lebih kurang 20 pokok sahaja  ditanam di perkarangan rumah.

Percubaan menanam cili padi bara tidak sia-sia. Ia mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Pokok mengeluarkan banyak bunga dan buah.

Tempoh dari mula menyemai anak benih sehingga mula berbunga mengambil masa lebih kurang 2 bulan. Manakala tempoh pokok berbunga hingga buah matang mengambil masa lebih kurang 1 bulan.

Perkara yang memenatkan selepas pokok berbuah adalah semasa mengutip hasil. Buah yang lebat dan banyak membuatkan tangan terasa letih semasa memetik buah. Daripada pengiraan saya, untuk mendapatkan 1 kilogram cili padi mengambil masa kira-kira 2jam. Jikalau sudah mahir, rasanya lebih cepat.

Pokok cili padi bara yang saya tanam menghasilkan lebih kurang 500-600gram sepokok. Jika dijaga dengan baik dan pembajaan dengan betul, hasilnya boleh dapat lebih dari itu.

Serangga yang bernama ‘white fly’ atau lalat putih sangat menggemari pokok cili. Oleh kerana tidak menggunakan racun serangga, ketika berusia 3-4 bulan, pokok cili padi diserang dengan teruk sekali dengan lalat putih ini. Serangga ini sangat cepat membiak. Akhir sekali, saya cabut dan buang.

Inilah rupa cili padi bara yang telah matang dan apabila masak berwarna merah. Rasanya sangat pedas jika dibandingkan dengan cili padi yang biasa atau cili padi kampung.

Jika anda suka menanam, cili padi bara merupakan salah satu varieti cili yang harus anda cuba. Di sebabkan itu, ramai pengusaha cili yang suka menanam cili padi bara disebabkan hasilnya yang tinggi dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Number of View :888

The post Cili Padi Bara appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 239