Quantcast
Channel: Segalanya Tentang Tumbuhan…
Viewing all 239 articles
Browse latest View live

Buah Kekatong

$
0
0

Buah Kekatong atau nama saintifiknya Cynometra malaccensis tergolong dalam famili Fabaceae (Leguminosae). Sekali pandang bentuknya seakan buah katak puru atau nam-nam ( Cynometra cauliflora ). Buah katak puru kebiasaanya berbunga di batang utama, tetapi buah kekatong kebiasaanya berbunga di ranting-ranting kecil.

Pokok ini masih banyak terdapat di dalam hutan kita di Malaysia. Bagi yang tidak sempat masuk ke hutan bolehlah berkunjung ke Taman Warisan atau di Taman Botani Putrajaya. Saya tidak pasti adakah pokok ini sentiasa berbuah atau juga bermusim. Gambar ini diambil pada bulan April tahun 2016.

Menurut sumber, pokok ini boleh tumbuh mencapai sehingga 20-40 meter. Maklumat mengenai buah ini tidak banyak. Saya tidak pasti samada buah kekatong boleh dimakan atau tidak. Jika anda mempunyai maklumat mengenai buah ini silalah kongsikannya di sini.

Number of View :3

The post Buah Kekatong appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....


Rotan Manau

$
0
0
Sumber Gambar : Inventori Hutan Nasional , Jabatan Perhutanan

Rotan Manau atau nama saintifiknya Calamus manan tergolong dalam famili Arecaceae. Menurut rekod, terdapat lebih dari 380 spesies rotan (Calamus) di dunia. Rotan Manau merupakan salah satu jenis rotan yang popular di Malaysia dan Indonesia kerana kualitinya yang baik untuk dijadikan pelbagai produk. Lain-lain jenis rotan yang terdapat di hutan Malaysia adalah seperti rotan Rotan Sega (Calamus caesius), Rotan semambu (Calamus scipionum), dan Rotan Manau Tikus (Calamus tumidus).

Rotan Manau beruas panjang, tidak berongga, dan dilindungi oleh duri yang panjang, keras, dan tajam. Duri ini berfungsi sebagai alat pertahanan diri daripada binatang. Batangnya dapat mencapai ratusan meter dan mengeluarkan air jika ditebang. Pokok rotan Manau juga mengeluarkan buah rotan yang boleh dimakan.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :18

The post Rotan Manau appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Buah Engkalak

$
0
0

Buah Engkalak atau nama saintifiknya Litsea garciae tergolong dalam famili Lauraceae. Buah ini sangat tidak asing lagi di kalangan masyarakat di Sabah dan Sarawak. Di Sabah dikenali buah ini dikenali dengan nama pagalaban, penglaban atau pengeluban. Dalam bahasa melanau pula dipanggil dengan nama buah Tebuluh. Gambar ini saya ambil semasa berkunjung ke Sarawak pada tahun hujung Nov 2015 yang lalu. Tidak pasti di mana lokasinya. Jika kena musim buah ni, harga buah dijual dengan harga serendah RM1 sepinggan.

Saya ingin kongsikan komen dari seorang pembaca Blog ini yang berasal dari Sarawak mengenai buah Engkalak ini… “Buah ni bermusim (semusim dengan durian) rasanya lemak, cara nak makan buah ni adalah dengan merendam dengan air panas sehingga lembut kemudian tus kan air nya dan digaulkan dengan garam halus secukup rasa…lepas itu bolehlah terus dimakan. Sebenarnya buah ni tidak lah sampai perlu diketuk-ketuk… yang penting buah tu cukup masak dan direndam dengan air yang betul-betul panas. Buah yang muda memang boleh dibuat jeruk. Bila dah boleh dimakan jeruk buah ni kita akan letak dalam bekas bersama-sama dengan air jeruk tu sekali, kita bolehlah pecahkan cili api dalam jeruk ni, buah boleh dimakan dan air jeruk boleh dihirup sekali. Rasanya masam, lemak dan pedas yang membuatkan ia rasa sedap. “

Selain itu, dikatakan Buah engkalak yang cukup masak boleh juga dijadikan umpan ikan patin atau labang. Ikan-ikan ini menggemari buah ini kerana rasanya yang manis dan lemak. 

Number of View :9

The post Buah Engkalak appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Cili Kanching

$
0
0

Di Malaysia tanaman cili memang tidak asing lagi. Namun, di Sarawak terdapat jenis cili yang belum pernah dijumpai dijual di Semenanjung yang dikenali sebagai Cili Kanching. Saiznya kecil dan bentuknya hampir bulat seakan buah ceri. Maklumat mengenai Cili Kanching ini tidak dijumpai dalam carian di Internet. Sekiranya anda mempunyai maklumat yang mengenai cili ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :3

The post Cili Kanching appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Pokok Fiddle Fig

$
0
0

Fiddle Fig atau nama saintifiknya Ficus lyrata tergolong dalam famili Moraceae. Ia juga dikenali sebagai Fiddle leaf Fig. Daunnya yang lebar seakan daun pokok ketapang. Pokok ini merupakan salah satu pokok indoor plant yang sesuai tanam di rumah kerana tidak memerlukan pencahayaan yang banyak.

Pokok fiddle fig juga sesuai ditanam sebagai tanaman landskap di kawasan bandar. Ia boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 5meter. Seperti gambar di atas, dibawah kanopi pokok fiddle fig boleh dijadikan tempat orang duduk dan berteduh dibawahnya.

Number of View :30

The post Pokok Fiddle Fig appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Buah Ara Telinga Gajah

$
0
0

Ara Telinga Gajah atau nama saintifiknya atau Ficus auriculata tergolong dalam famili Moraceae. Saiz daunnya yang sangat lebar dan besar menyebabkan ia digelar dengan nama Ara Telinga Gajah. Ia juga dikenali dengan nama Ara Mekah dan juga buah Kelebuk. Pokok ini juga lebih sinonim dengan nama Ficus roxburghii.

Gambar pokok ini diambil semasa lawatan ke Pusat Pertanian di Hulu Paka pada bulan Julai yang lalu. Semasa belajar di UKM dahulu, pokok ini banyak ditanam sebagai tanaman landskap di sekitar kampus. Pokok ara telinga gajah sangat unik kerana kanopi atau silaranyanya yang sangat rendang dan mengeluarkan buah yang banyak pada batangnya. Pokoknya boleh mengeluarkan buah sepanjang tahun.

Menurut rujukan, buah, daun dan seluruh bahagian pokok ini telah digunakan sebagai bahan dalam perubatan tradisional sejak dahulu. Daunnya direbus dan air rebusannya digunakan dalam rawatan penyakit kencing manis dan masalah tekanan darah tinggi. Bahagian daun dan akarnya juga digunakan sebagai penawar racun.

Di Vietnam, buah ara gajah yang masih separuh masak dipotong menjadi kepingan, lalu dikeringkan atau dipotong berbentuk dadu untuk dijadikan sebagai sayur dalam makanan tempatan. Buah yang masak dapat dijadikan sebagai jem atau dimasak kari. Daun muda dan pucuknya dapat dimakan sebagai sayur, manakala buahnya dimakan secara mentah.

Number of View :33

The post Buah Ara Telinga Gajah appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Pokok Monstera

$
0
0

Pokok Monstera atau nama saintifiknya Monstera deliciosa tergolong dalam famili Araceae. Pokok ini juga lebih dikenali sebagai Cheese plant disebabkan bentuk daunnya yang berlubang dan saiz daunnya juga besar. Pokok ini menjadi pilihan ramai kerana ia sesuai ditanam sebagai tanaman indoor atau dijadikan tamanan hiasan dalam pasu.

Pokok Monstera yang unik ini memerlukan keseimbangan penerimaan cahaya matahari yang baik. Sekiranya ia terdedah dengan matahari yang terlampau banyak menyebabkan daunnya mudah bertukar menjadi kekuningan.

Number of View :6

The post Pokok Monstera appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Pokok Asparagus

$
0
0

Pokok Asparagus atau nama saintifiknya Asparagus officinalis tergolong dalam famili Asparagaceae. Daunnya bersaiz kecil dan batangnya berumpun. Pucuk rebungnya boleh di tuai untuk dijadikan sayuran yang enak. Asparagus antara sayuran yang bernilai tinggi di pasaran kerana mempunyai khasiat kesihatan yang baik. Kebiasaannya, asparagus di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland dan Kundasang namun ia masih boleh juga ditanam di kawasan tanah rendah.

Pokok Asparagus perlukan cahaya yang banyak.  Jika anda ingin menanam sayuran ini pastikan kawasan rumah anda tidak redup dan mendapat cahaya yang mencukupi. Pokok Asparagus perlukan banyak air tetapi pastikan kawasan tersebut gembur dan tidak bertakung air. Penuaian pucuk rebung asparagus boleh dibuat setelah pokok mencapai usia lebih kurang 3 bulan.

Number of View :48

The post Pokok Asparagus appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....


5 Artikel Popular bulan September 2019

$
0
0

Artikel apa agaknya paling ramai orang baca pada bulan September yang lalu? Biasanya rating sesuatu artikel akan naik dengan tiba-tiba disebabkan beberapa perkara tertentu atau bila tibanya musim tertentu. Jom kita lihat.. 5 Artikel yang paling banyak view pada bulan lepas !

  1. Kacang Tanduk (703 view) – pokok ini mula viral di laman sosial kerana keunikan bentuknya dan semakin ramai yang sudah mula menjual benih ini di facebook dan group whatsapp.
  2. Nursery Sungai Buloh (441 view) – Tempat yang tidak asing lagi di kalangan peminat bunga dan tanaman hiasan disebabkan banyak pilihan tanaman di sana dan harganya juga lebih murah.
  3. Kayu Nibong (271 view) – Sejenis kayu yang mempunyai peminatnya tersendiri kerana dipercayai terdapat khasiat yang digunakan dalam rawatan berkaitan alam mistik.
  4. Khasiat akar seruntun (257 view) – sejenis tumbuhan yang sudah diketahui umum kerana batangnya yang pahit sangat berkhasiat dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit.
  5. Pokok Ulam Raja (267 view) – pokok yang sentiasa digemari oleh pencinta ulam-ulaman dan ramai yang mencari benih pokok ini untuk ditanam di kawasan rumah.

Lain-lain artikel yang juga suka dibaca adalah seperti pokok ketapang, kacang itik, sambung nyawa batik, buah mencupu, pokok cincau hitam dan pokok berangan (mendapat lebih dari 200 view)

Number of View :12

The post 5 Artikel Popular bulan September 2019 appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Pokok Ekor Kucing

$
0
0

Pokok Ekor Kucing atau nama saintifiknya Acalypha hispida tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Pokok renek ini kebiasaanya ditanam sebagai tanaman hiasan dan boleh tumbuh melebihi 3 meter. Bunganya berwarna merah yang kebiasaanya berjuntai-juntai seperti ekor kucing. Daunnya hijau dan berbulu. Gambar pokok ini diambil semasa melawat ke Entopia Penang Butterfly Farm pada Julai 2019 yang lalu.

Spesies ini merupakan sejenis tumbuhan ‘dioecious’ di mana terdapat pokok bunga jantan dan betina. Pokok betina mempunyai ‘pistillate’ (bahagian bunga yang mempunyai ovari ). Pokok ini mudah ditanam menggunakan biji benih dan juga menggunakan keratan dahan.

Pokok Ekor Kucing dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri. Antaranya ialah bahagian bunga boleh direbus dan diminum dikatakan dapat menyembuhkan batuk berdarah. Air rebusan daun dan bunganya juga digunakan untuk merawat luka dan ulser. Sejauh mana keberkesanan amalan ini, saya tidak pasti. Anda boleh kongsikannya di sini.

Number of View :9

The post Pokok Ekor Kucing appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Pokok Ekor Ular

$
0
0

Pokok Ekor Ular atau nama saintifiknya Stachytarpheta urticifolia tergolong dalam famili Verbenaceae. Ada juga menyebutnya Pokok Sisik Ular. Pokok ini dikatakan boleh menjadi penawar bisa Ular Tedung. Info ini juga ada tular di facebook dan Youtube mengenai kemampuan pokok ini yang mampu menjadi penawar kepada bisa ular tedung. Selain itu, ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan binatang berbisa lain seperti lipan dan kala jengking.

Pokok ini sangat mudah dijumpai di kawasan semak dan belukar. Sekiranya anda ada sesuatu info mengenai tumbuhan ini, silalah kongsikannya di sini.

Number of View :3

The post Pokok Ekor Ular appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Asian Seed Congress 2019

$
0
0

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri Asian Seed Congress 2019 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 25-27 November 2019. Di sini banyak maklumat terkini mengenai perkembangan teknologi industri benih semasa dan perkara-perkara yang berlaku di serata dunia berkaitan industri benih ini. Kebanyakkan varieti benih baru yang dihasilkan adalah dari teknologi pembiakbakaan terkini yang memberikan hasil yang lebih baik dan tahan kepada penyakit.

Antara aktiviti yang menarik semasa acara tersebut berlangsung ialah terdapat perbentangan kerta kerja teknikal berkaitan industri benih dan pameran dari pengeluar biji benih terbesar dari negara China, India dan lain-lain negara. Acara Asian Seed Congress juga memberi ruang dan peluang untuk pihak industri berkepentingan berhimpun pada satu tempat untuk berurusan dan menambahkan rangkaian pemasaran bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Lebih dari 1,000 orang peserta telah menghadiri Asian Seed Congress. Untuk melihat Video Pendek yang sempat saya rakamkan semasa Acara tersebut, boleh lawati Channel Youtube saya di bawah ini.. Jangan lupa Subcribe ye.. untuk info-info terkini berkaitan tumbuhan, pertanian dan seangkatan dengannya.

Number of View :15

The post Asian Seed Congress 2019 appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

$
0
0

Taman Agroteknologi MARDI merupakan salah satu destinasi menarik yang mesti dikunjungi apabila anda bercuti di Cameron Highlands. Lokasinya terletak di Tanah Rata. Kawasannya luas iaitu sekitar 42 hektar yang merangkumi bangunan pusat penyelidikan dan pusat informasi. Selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan, ia turut menyediakan berbagai tarikan seperti taman herba, taman orkid, taman ros, ladang teh, strawberi, epal, teknologi penanaman sayur-sayuran secara fertigasi dan banyak lagi. Pelbagai spesies tumbuhan yang unik juga anda boleh temui di sini. Antaranya seperti pokok belon dan pokok-pokok bunga yang unik.

Saya sempat berkunjung ke sana beberapa hari yang lalu. Untuk melihat Video Pendek yang sempat saya rakamkan semasa lawatan tersebut, boleh lawati Channel Youtube saya di sini ini >> https://youtu.be/g2YLOy2rdeI

Jangan lupa Subcribe ye.. untuk info-info terkini berkaitan tumbuhan, tanaman hiasan dan seangkatan dengannya.

Number of View :9

The post Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Potensi Industri Tanaman Durian

$
0
0

Durian merupakan tanaman yang semakin hari semakin mendapat tempat di Malaysia kerana terdapat potensi pasaran yang besar bagi industri durian Malaysia. Dengan China kini menjadi pengguna terbesar buah Durian dunia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menjangka 1,000 tan durian jenis premium iaitu Musang King (D197) dan Black Thorn (D200) dieksport ke China setiap bulan.

Beberapa tahun kebelakangan ini pelancong daripada China antara yang paling dominan dalam sektor pelancongan negara selain daripada Singapura untuk mereka menikmati durian Malaysia. Daerah Raub dilihat semakin popular kerana telah dikenali sebagai daerah pengeluaran buah durian Musang King.

Untuk memahami serba sedikit potensi tanaman durian dan Aspek penting dalam Penanaman boleh rujuk video slide perbentang di sini >> https://youtu.be/fngsPFFDA4I

Number of View :9

The post Potensi Industri Tanaman Durian appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Berkebun dalam rumah

$
0
0

Ramai diantara kita yang secara lumrahnya berminat dengan aktiviti bercucuk tanam tetapi memberikan alasan tidak dapat berkebun kerana mempunyai ruang kawasan yang sempit di luar rumah serta tiada masa untuk menjaga tanaman disebabkan sibuk dengan tugasan harian. Pada zaman sekarang seiring dengan teknologi pertanian yang semakin meningkat, perkara tersebut tidak lagi perlu dirisaukan. Anda kini boleh bertanam di dalam rumah dan tidak memerlukan ruangan yang besar.

Teknologi Plant Factory (kilang tanaman) merupakan alternatif baru kepada pembangunan sektor pertanian di Malaysia.  Teknologi ini merupakan kaedah tanaman secara menegak (vertical farming) yang boleh diaplikasikan di dalam kawasan terkawal samada di dalam bangunan industri mahupun di dalam unit kediaman. Teknologi ini diinspirasikan daripada negara Jepun sekitar tahun 2004 setelah berlakunya bencana alam di Fukushima, Jepun.

Penanaman secara menegak (vertical farming) samada melalui kaedah hidroponik atau Nutrient Film Technique (NFT) merupakan teknik yang dapat memaksimumkan ruang yang ada. Persekitaran terkawal merupakan aspek penting menentukan kejayaan dalam kilang tanaman. Faktor pencahayaan dalam kilang tanaman merupakan elemen utama bagi memastikan tanaman menerima cahaya secukupnya. Pencahayaan menggunakan lampu LED (Light Emitting Diode) berterusan selama enam belas (16) jam sehari mampu mempercepatkan tempoh tuaian hasil tanaman berbanding kaedah biasa (konvesional). Kawalan suhu menggunakan penghawa dingin dapat mengekalkan suhu persekitaran antara 25°C -27°C.

Antara kebaikan penanaman secara kilang tanaman ini ialah dapat mengelakkan serangga perosak tanaman dan seterusnya mengelakkan penggunaan bahan racun makhluk perosak yang berbahaya. Selain itu, kualiti sayur yang lebih baik juga dapat dihasilkan. Antara sayur-sayuran yang boleh ditanam adalah seperti sayur kailan, sawi, pakchoy dan salad. Tanaman herba seperti daun pudina, selasih, stevia, dan pelbagai lagi jenis herba juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini. Dengan kaedah ini, penjagaan tanaman dapat dilakukan secara minimum dan anda tidak perlu risau dengan ancaman dari luar seperti perosak tanaman dan cuaca yang tidak menentu.

Number of View :3

The post Berkebun dalam rumah appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....


Tanaman Keladi di Terengganu

$
0
0

Artikel ini saya cuma nak update gambar-gambar lama yang terdapat dalam simpanan. Masa dulu-dulu banyak melawat ladang-ladang pengusaha di merata negeri. Sayang sekali tak sempat menulis mengenai peristiwa-peristiwa ini.

Jadi, artikel ini saya cuma nak berkongsi beberapa gambar mengenai tanaman keladi yang ditanam di sekitar kawasan kelapa sawit. Gambar-gambar ini diambil pada tahun 2014 di Terengganu. Lokasi ladang ni saya sudah tidak ingat. Tidak pastilah tanaman keladi ini masih wujud lagi atau tidak.

Number of View :0

The post Tanaman Keladi di Terengganu appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Tanaman Salak Madu

$
0
0

Artikel ini saya cuma nak berkongsi gambar-gambar lama yang terdapat dalam simpanan. Gambar ini diambil pada tahun 2014 semasa melawat salah satu ladang tanaman salak madu di terengganu. Lokasi sebenar tempat ini saya sudah tidak ingat.

Number of View :3

The post Tanaman Salak Madu appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Sayur Microgreen

$
0
0

Microgreens bukanlah nama sejenis sayur tetapi terdiri dari kumpulan pelbagai jenis sayuran yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Microgreens berasal dari bahasa Inggeris yang merupakan gabungan dari dua perkataan, iaitu micro (kecil) dan green (hijau).

Microgreens bukanlah semata-mata diukur berdasarkan saiznya yang kecil tetapi microgreens adalah sayuran yang dituai pada usia yang masih muda iaitu sekitar 7-14 hari selepas disemai bergantung pada jenis varieti. Kaedah tanaman juga lebih mudah tetapi mempunyai teknik yang tersendiri bagi mendapat kualiti yang baik.

Apa yang terkandung pada microgreens?

Biji Benih sayuran telah diketahui mengandungi pelbagai nutrisi, vitamin, dan mineral yang diperlukan benih agar dapat tumbuh. Benih akan menggunakan nutrisi yang telah tersimpan untuk pertumbuhan batang, akar, dan daun pertama. Pertumbuhan ini akan menghasilkan atau mengeluarkan enzim-enzim di dalam benih untuk aktif bekerja. Oleh sebab itu, percambahan biji benih menghasilkan daun-daun yang kaya dengan kandungan zat yang sangat baik pada tubuh badan. Dikatakan kandungan khasiatnya lebih dari 4-6 kali ganda berbanding sayuran yang dituai pada usia tua.

Di Malaysia, tanaman microgreen masih lagi baru kerana pasarannya masih lagi terhad. Hanya chef di hotel-hotel dan restoren-restoren tertentu yang menggunakan microgreens sebagai hiasan sesuatu hidangan. Ini kerana microgreen mempunyai keunikan bentuk dan warna yang menarik serta beraroma. Gubahan menggunakan microgreen mampu menyerlahkan sesuatu makanan dalam hidangan. Microgreens yang terdiri dari pelbagai varieti mempunyai citarasa yang tersendiri iaitu; dari manis, masam, hingga hingga ke sedikit pedas.

Gambar ini diambil semasa melawat Projek Microgreens (syarikat Foliage) pada 21 hb Feb yang lalu. Terima Kasih kepada kerana telah memberi penerangan dan berkongsi pengalaman mengenai Industri Microgreens.

Number of View :3

The post Sayur Microgreen appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Kacang Edamame

$
0
0

Bagi mereka yang biasa makan di Sushi King, sudah pasti mengenali kacang Edamame. Kacang ini sangat popular di restoren-restoren di Jepun kerana ia merupakan makanan yang sangat tinggi khasiatnya kerana memiliki kandungan tinggi asid lemak omega-3, serat pemakanan, protein dan karbohidrat serta beberapa mineral dan vitamin.

Kacang Edamame sebenarnya adalah sayuran yang dikenali sebagai kacang soya hijau. Edamame jika diterjemahkan secara terus bermaksud ‘kacang ranting’, iaitu ‘eda’=ranting dan ‘mame’=kacang. Ði China, kacang soya hijau ini dikenali sebagai maodou yang membawa maksud ‘kacang berbulu’. Ini kerana terdapat bulu-bulu halus pada kulit kacang ini.

Adakah Edamame sama dengan kacang soya yang biasa kita minum airnya?

Kacang Edamame atau kacang soya merupakan spesies yang sama atau nama saintifiknya Glycine max. Namun, keduanya mempunyai varieti yang berbeza. Edamame atau kacang soya hijau sedikit berbeza berbanding kacang soya yang berwarna kuning apabila telah matang. Ini kerana biji kacang edamame berwarna hijau apabila matang.

Tahukah anda.. terdapat seorang usahawan di TKPM Serdang yang mengusahakan tanaman kacang Edamame. Beliau bernama Cheah Shiau Feng telah menanam lebih 3,000 pokok Edamame sebagai tanaman sampingan di kawasan lot TKPM Serdang. Percubaannya mendatangkan hasil kerana permintaan terhadap kacang ini mendapat sambutan yang baik di pasaran. Harganya boleh mencecah sehingga RM15/kg. Terdapat 3 jenis varieti kacang Edamame yang beliau pernah ditanam, namun hanya satu sahaja yang mempunyai potensi yang baik untuk diusahakan. Varieti yang beliau pilih mempunyai saiz kacang yang lebih besar dan mudah untuk dituai.

Menurut beliau, tanaman kacang ini lebih mudah ditanam kerana ia tidak mempunyai penjagaan yang khusus. Kaedah penanaman menggunakan media cocopeat dan pemberian baja melalui sistem fertigasi yang biasa dan sekali sekala membuat semburan baja foliar bagi mencepatkan pertumbuhan. Beliau juga tidak menggunakan racun perosak kerana didapati serangan serangga tidak menjejaskan tanaman ini.

Pokok kacang Edamame mengeluarkan hasil lebih kurang 2-3 bulan penanaman dan penuaian hasilnya hanya sekitar 2 minggu sahaja. Pengeluaran hasil Edamame lebih kurang 500gram sepokok atau 120-150 biji buah. Beliau menanam 2 pokok bagi setiap polibeg. Biji benih Edamame boleh didapati dari pembekal benih dengan harga RM250/kg.

Number of View :15

The post Kacang Edamame appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Herba Emas Negara

$
0
0

Hari ini saya hendak kongsikan salah sebuah Buku yang terdapat dalam koleksi simpanan saya. Buku bertajuk “Herba Emas Negara” yang diterbitkan oleh Frim pada tahun 2016 ini adalah satu usaha bagi memartabatkan khazanah warisan amalan perubatan Melayu. Buku ini dilengkapi dengan pelbagai khasiat dan amalan pengubatan beserta dapatan saintifik yang berkaitan dengan 18 spesies herba yang kini merupakan fokus penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan. Antaranya ialah Mengkudu, Dukung anak, Halia, Senduduk, Pegaga, Tongkat ali, Hempedu bumi, Kacip fatimah, Misai kucing, Gelenggang, Lempoyang, Belalai gajah, Kaduk, Mas cotek, Sambung nyawa, Peria dan Ramunggai.

Menurut Penulis Buku ini, kesemua herba ini telah dimanfaatkan untuk pelbagai rawatan oleh pengamal perubatan Melayu. Kaedah penyediaan setiap satunya diperihalkan bagi mendokumenkan penggunaannya dalam amalan perubatan/perawatan tradisi masyarakat Melayu. Penggunaan spesies yang sama dalam kalangan masyarakat bukan Melayu turut disenaraikan bagi maksud perbandingan.
Penelitian data dari penyelidikan saintifik terhadap 18 spesies terpilih ini didapati menyokong sebahagian potensi terapeutik sekaligus menjelaskan rasional penggunaannya dalam sesetengah pengubatan tradisi. Namun kajian pengesahan lanjutan dan kajian klinikal yang lebih terperinci amat
perlu sebelum mana-mana spesis dapat diperakukan penggunaannya untuk apa jua perawatan yang spesifik.

Semoga maklumat yang dikongsi menerusi buku Herba Emas Negara ini boleh dimanfaatkan ke arah memartabatkan pengetahuan tradisi Melayu, menyantuni penggiat industri herba tempatan seterusnya memperkasa industri herba negara.

Number of View :3

The post Herba Emas Negara appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....

Viewing all 239 articles
Browse latest View live