Quantcast
Channel: Segalanya Tentang Tumbuhan…
Viewing all articles
Browse latest Browse all 239

Rumput Napier

$
0
0

Rumput Napier atau nama saintifiknya Pennisetum purpureum tergolong dalam famili Poaceae. Tumbuhan hijau ini dijadikan makanan ternakan kerana mengandungi protein yang berkualiti yang dapat meningkatkan pengeluaran susu lembu, biri-biri, kambing serta kerbau. Rumput yang telah cukup umur akan dipotong dan diberikan terus kepada ternakan.

Rumput napier atau rumput gajah biasanya ditanam mengunakan keratan batang. Batang yang digunakan mestilah cukup tua atau matang. Keratan-keratan ini juga dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan ditanam sebeberapa segera selepas diambil.

Seperti yang disyorkan oleh Jabatan Perkihidmatan Veterinar, terdapat 3 teknik penanaman rumput napier yang biasa dilakukan iaitu dengan kaedah batas, kaedah rumpun dan kaedah perdu.

Benih rumput napier yang telah ditanam ini memerlukan siraman air yang secukupnya.  Sumber air adalah penting kepada kadar pertumbuhan yang pantas bagi penanaman rumput napier. Pemberian baja organik diatas tanah membantu pertumbuhan awal rumput napier.

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

>> https://t.me/tumbuhan

Number of View :204

The post Rumput Napier appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 239