Quantcast
Channel: Segalanya Tentang Tumbuhan…
Viewing all articles
Browse latest Browse all 239

Pokok Pakis Huperzia

$
0
0

Pokok Paku Pakis merupakan tumbuhan yang juga sangat menarik untuk dijadikan tanaman hiasan. Sesetengah paku pakis mempunyai nilai estitikanya yang tersendiri kerana mempunyai bentuk dan tekstur daun yang unik.

Salah satu spesies paku pakis yang menarik perhatian adalah dari Genus Huperzia yang tergolong dalam famili Lycopodiaceae. Pokok Pakis Huperzia ini  saya temui dijual semasa acara Agricultural Fair yang diadakan pada 10-19 Ogos 2018 di University Prince of Songkla, Hatyai, Thailand.

Menurut rujukan terdapat beberapa jenis atau spesies Huperzia yang biasa dijumpai di Malaysia iaitu H. phlegmaria, H. pinifolium, H. carinata  dan H. squarrosa. Pokok ini sangat sesuai di tanam di dalam pasu gantung dan ditempatkan di kawasan yang teduh.

Jika anda juga berminat dengan pokok pakis ini, di Nursery Sungai Buloh, Selangor juga ada menjualnya. Harganya tidaklah murah berbanding pokok hiasan yang biasa.

Number of View :114

The post Pokok Pakis Huperzia appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 239