Pokok Senna Mekah atau nama saintifiknya Senna alexandrina (Sinonim: Cassia angustifolia) tergolong dalam famili Leguminosae. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan buah berbentuk legum atau kekacang. Tumbuhan yang dikatakan berasal dari negara Yaman ini mampu mencapai ketinggian sekitar 1-2 meter. Daunnya berpasangan dan setiap tangkai mempunyai beberapa pasang daun.
Pokok senna mekah sentiasa mengeluarkan bunga sepanjang tahun. Disebabkan itu ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan kerana warna bunganya yang menarik. Pokok ini dapat tumbuh dengan baik sekiranya mendapat cahaya matahari penuh. Kebiasaannya ia dibiakkan menggunakan biji benih.
Menurut rujukan; daun senna mengandungi 2.9-3.9 % sennosid dan kulit lengainya mengandungi 3.5-4.0% sennosid (Sennosides). Bahan ini digunakan bagi menghasilkan produk (ubat) yang digunakan untuk merawat sembelit. Sennosides juga boleh digunakan untuk membersihkan usus sebelum pembedahan usus. Sennosides dikenali sebagai stimulan laksatif. Ia berfungsi dengan mengawal air dalam usus, yang boleh menyebabkan pergerakan usus. (sumber: https://www.webmd.com/drugs/2/drug-5342/sennosides-oral/)
Dari segi perubatan tradisional, daun senna mekah dipercayai digunakan untuk merawat penyakit seperti penyakit kulit, sembelit, cacing, anemia, bronkitis, batuk, gout, reumatisme, penyakit kuning (jaundice) dan sebagainya. Sejauh mana keberkesanannya, saya sendiri tidak dapat pastikan.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman dalam penggunaan tumbuhan ini, silalah kongsikannya di sini.
Number of View :180
The post Pokok Senna Mekah appeared first on Segalanya Tentang Tumbuhan....